'Itu rekaan Diana' – Farid Kamil

'Itu rekaan Diana' – Farid Kamil

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Farid Kamil, 42, mendakwa semua tuduhan yang dilemparkan isterinya, Diana Danielle, 32, bercanggah dengan laporan polis yang dibuat sebelum ini. 

Farid menerusi hantaran di Instagram Story menegaskan segala tuduhan dan fitnah itu adalah rekaan Diana dan ia akan dibawa dalam perbicaraan kes mereka nanti. 

“Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu saya akan kemukakan dan akan diperdengarkan di mahkamah.

“Ini kerana kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang sudah dibuat,” katanya. 

Terdahulu, Diana mendakwa Farid sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan, malah turut berhutang dengannya. 

Menurut Diana, Farid juga mungkir janji untuk membayar semula semua kos mereka pergi menunaikan umrah pada Februari lalu tetapi mampu membeli kereta baharu dan cincin kahwin yang sebelum ini hilang. 

Menerusi perkongsian sama, Diana turut mendedahkan anak perempuan mereka, Nur Aurora, 8,  mengalami trauma rentetan tindakan Farid menengking dan memarahinya. 

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam. 

© New Straits Times Press (M) Bhd