Isteri Aliff Syukri selamat bersalin anak keenam -“Budak kecik keluar tangan dulu..”

Isteri Aliff Syukri selamat bersalin anak keenam -“Budak kecik keluar tangan dulu..”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kesyukuran apabila isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan anak keenam hasil perkahwinan mereka.

Menerusi hantaran di laman Instagram, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman memberitahu isterinya terpaksa bertarung nyawa agak lama bagi melahirkan anak keenam mereka.

“Anak kali ini amat mencabar, dari jam 5 pagi dalam bilik bersalin sampai jam 3 petang baru selamat keluar (melahirkan),”ujarnya.

Pelatun lagu Abang Nak Tegur itu turut mencoretkan perasaan takut dan sedih apabila melihat isteri tercinta menangung kesakitan bagi melahirkan anaknya.

Sementara itu, Aliff menyatakan isterinya hampir menjalani pembedahan akibat bertarung dengan komplikasi bayi yang mengeluarkan tangan terlebih dahulu. Pun begitu, isterinya tetap melahirkan bayi lelaki itu secara normal.

“Pada mulanya doktor mahu melakukan pembedahan kerana bayi mengeluarkan tangan terlebih dahulu dan bukannya muka.
“Namun, saya syukur sangat semuanya dipermudahkan dan isteri saya dapat bersalin secara normal,”jelasnya.

Meninjau di laman Instagram milik Datin Seri Nur Shahida, beliau menyatakan pengalaman melahirkan anak keenam pada kali ini agak sakit jika hendak dibandingkan dengan zuriatnya sebelum ini.

“Alhamdulillah, ramai yang WhatsApp, DM bertanya..
“Dah selamat bersalin dah. MasyaAllah, budak kecil ini kasi keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama sangat nak suruh dia masukkan tangan tapi tak masuk-masuk.
“Akhirnya keluar juga tangannya dulu baru muka. Pertama kali juga ada pengalaman macam ni, memang sakit sikit dari sebelum ini,”kongsinya.

Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham,  Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

Sumber: Instagram (@aliffsyukriterlajaklaris & @shahidadherbs), mStar (Ain Norman)