Ramai yang mengenali Izzat Daniel sebagai seorang ikon belia yang aktif memberi inspirasi kepada anak muda. Namun, tidak ramai tahu bahawa di sebalik perwatakannya yang sopan dan matang, Izzat pernah melalui fasa paling gelap dalam hidup apabila terjebak dengan penyalahgunaan dadah seawal usia 12 tahun dan menjadi penghuni Sekolah Henry Gurney.
Dalam episod Oh! Podcast kali ini, Izzat tampil berkongsi kisah kehidupannya di Henry Gurney, cabaran yang dihadapinya selepas dibebaskan, serta bagaimana stigma masyarakat terhadap bekas penghuni sekolah pemulihan hampir memusnahkan peluangnya untuk memulakan kehidupan baharu. Walaupun sering dilabel sebagai “budak nakal” dan berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan, Izzat memilih untuk bangkit dan membuktikan bahawa masa silam tidak menentukan masa depan seseorang.
Menurut Izzat, ramai remaja yang terjebak dalam gejala sosial sebenarnya bukan kerana mahu menjadi jahat, tetapi kerana kurang perhatian, kasih sayang dan bimbingan daripada keluarga. Ditambah pula dengan sifat ingin tahu yang tidak dikawal, ramai akhirnya tersilap langkah sehingga terjebak dalam ketagihan.
Dalam podcast ini juga, Izzat turut berkongsi realiti kehidupan di Henry Gurney, budaya buli, bahaya dadah sintetik, cabaran bekas penghuni untuk diterima semula oleh masyarakat, serta perjalanan beliau bangkit daripada seorang penagih kepada ikon inspirasi belia.
Kalau korang nak dengar sendiri kisah yang penuh dengan pengajaran ini, jangan lupa tonton episod Oh! Podcast sampai habis!
Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.




