Pelakon Fatin Afeefa mengakui cabaran untuk membesarkan anak yang aktif serta memahami ianya sangat memenatkan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Fatin membalas hantaran seorang netizen yang bertanyakan wajar atau tidak untuk pembantu rumah berehat ketika anak-anak tidur siang.
BACA: Opai Pujuk Fatin Afeefa Dengan Beg Tangan Birkin

“Nak tanya korang okay ke pembantu rumah tidur sekali waktu anak-anak tidur siang?” tanya individu itu.
Menjawab hantaran berkenaan, Fatin berkata madakalanya menjaga anak kecil sangat memenatkan dan disebabkan itu dia mengambil pembantu rumah tambahan pula anaknya agak lasak.
Tambah Fatin lagi, selagi pembantu rumah menjaga dengan baik serta menekankan pengguaan telefon hanya dibenarkan seminggu sekali.
“Anak saya buat. Jadi saya faham, jaga anak kecil sangat memenatkan. Saya pun penat. Sebab itu saya ambil pembantu, nak rehat, rehat je. Janji dia jaga anak elok. Anak pun sayang dengan dia. Yang penting, phone seminggu sekali,” tulisnya.




