“Jaga2 kalau kami buka apron” -Pemuda2 niaga ikan tampil kacak bila tukar ‘uniform’

“Jaga2 kalau kami buka apron” -Pemuda2 niaga ikan tampil kacak bila tukar ‘uniform’

Biasa kita lihat mereka yang bekerja secara outdoor lebih memilih memakai pakaian yang agak santai dan selesa memandangkan perlu banyak bergerak.

Jadi sangat tidak sesuai untuk mengenakan pakaian seperti mereka yang pergi ke pejabat menguruskan kerja di meja komputer sahaja.

Namun begitu, apabila mereka menukar ‘uniform’ dengan mengenakan pakaian yang terlihat lebih smart, sudah tentu ramai yang cair melihatnya.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @r4feeq apabila memuat naik gambar ketika bekerja di pasar menjual ikan dan ketika dia dan rakan-rakannya tidak bekerja.

@r4feeq

nak jugak 😆😆😆😆😆😆 #fypdongggggggg @svifulanwar @abdfareez @harithfishfresh

♬ Genius(Sia part) – LSD ft. Sia, Diplo, Labrinth

Menurutnya, dia dan rakan-rakan berniaga ikan di pasar Larkin dan sememangnya kerap memuat naik video mempromosikan jualan di aplikasi media sosial.

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen di ruangan TikTok @r4feeq itu dengan pelbagai maklum balas.

Kebanyakannya adalah pengguna wanita yang berseloroh mahu rajin-rajin ke pasar terutamanya di Pasar Larkin bagi bertemu jejaka-jejaka tersebut untuk membeli ikan dari mereka.

Sumber: TikTok @r4feeq

Scroll to Top