Pelakon, Fathia Latiff menjadi sebutan ramai selepas tular sebuah video memaparkan dirinya menyanyikan lagu Teringin milkk penyanyi asal, Shima.
Menerusi video yang tular di platform TikTok, Fathia yang kelihatan manjs mengenakan hjjab berona kuning dipadankan dengan blouse berwarna hijau menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan.
Menjengah je ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu melihat wajah Fathia yang seakan sayu.
Bukan itu sahaja, netizen turut memuji vokal aktres drama popular Ariana Rose itu yang dikatakan sangat merdu.
Ramai juga dalam kalangan netizen yang mendoakan agar hatinya segera sembuh daripada segala rasa duka yang dihadapinya.
@fatiyalatiff




