aida_adilah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelbagai hadiah menarik tajaan Huawei menanti peserta Larian Harian Metro Active Rings Kuala Lumpur 2025 yang bakal berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 9 November ini.
Antara hadiah menjadi rebutan ialah jam tangan pintar mewah Huawei Watch GT 6 Pro (46mm) sebagai hadiah utama, direka khas untuk mereka yang bergaya aktif dan elegan.
Peserta bertuah di tempat kedua pula bakal membawa pulang Huawei Watch GT 6 (41mm), manakala dua lagi pemenang akan menerima Huawei Freebuds 6i, dengan kualiti bunyi mantap teman sempurna untuk menemani setiap langkah pelari.
Acara larian dianjurkan Harian Metro itu menawarkan jarak sejauh 5 kilometer yang bukan sekadar medan untuk bersukan, tetapi turut bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat bandar, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan serta komuniti.
Dengan yuran penyertaan serendah RM45, peserta bukan sahaja berpeluang beriadah bersama keluarga dan rakan, malah dapat menikmati pelbagai aktiviti sampingan menarik seperti pameran kecergasan, sesi interaktif kesihatan dan ruang bergambar eksklusif di kawasan acara.
Setiap peserta akan menerima jersi rasmi eksklusif serta pingat edisi khas yang direka dengan simbolik Menara Berkembar Petronas, sebagai tanda penghargaan kepada semua yang mengambil bahagian.
Acara bermula seawal jam 7 pagi itu dijangka menarik penyertaan peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang, menjadikannya antara acara riadah paling meriah anjuran Harian Metro tahun ini.
Penyertaan kini dibuka, namun tempat adalah terhad.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi atau melalui pautan media sosial Harian Metro.
Pendaftaran juga boleh dilakukan terus di laman web rasmi: https://www.ticket2u.com.my/event/46537/harian-metro-active-rings-run-2025
© New Straits Times Press (M) Bhd




