Bergandingan dengan pelakon Aliff Aziz menerusi teater muzikal Mansur dan Liu, penyanyi Melinda Dadew berkata mereka profesional dalam soal kerja.
Memetik mStar Online, Melinda berkata sepanjang bekerja dengan Aliff tiada masalah timbul dan keserasian mereka dibina hanya atas tuntutan kerja sahaja.
BACA: “Aliff Aziz Pelakon Kedua Paling Tampan Di Malaysia”
“Saya okay saja dengan Aliff Aziz dan profesional bila soal kerja ni, jadi mengenai sejarah kisah lampau itu saya memang tidak ambil tahu kerana yang penting sekarang ini fokus terhadap kerja saja.
“Saya asingkan soal kerja dan peribadi, sepanjang saya kerja dengan Aliff, okay saja tiada masalah langsung sebab kami bina keserasian itu dipantau dengan Datuk M. Nasir dan datin,” katanya.
Sementara itu, Melinda berkata dia hanya menganggap Aliff seperti abang dan tidak pernah terlintas untuk menjalin hubungan istimewa.
“Saya anggap Aliff Aziz macam abang jadi itu timbul perasaan cinta lokasi itu mungkin tiada rasanya, lagipun saya tidak terfikir ke arah itu,” katanya.
Terdahulu, lomposer terkenal, Datuk M Nasir berkata wajah tampan dan mutu lakonan dimiliki Aliff Aziz antara sebab pelakon itu dipilih memegang watak Sultan Mansur Shah dalam pementasan itu serta menyifatkan Aliff pelakon kedua paling tampan di Malaysia.
Sumber: mStar Online
