Kuantan : Struktur ‘abutment’ (penampan) Jambatan Kampung Lechar di Raub yang dilaporkan runtuh selepas dihanyutkan arus deras Ahad lalu kini giat dibina semula oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, susulan jambatan Jalan Lenchar yang menghubungkan tiga kampung dan perumahan PRIMA Lenchar di situ, ATM bersetuju untuk membina jambatan sementara.
Jelas beliau, pemasangan jambatan sementara atau ‘compact bailey’ akan dipasang pada Rabu dan dijangka siap tengah hari Khamis.
Seramai 500 penduduk di Kampung Lenchar, Kampung Tanjung Putus dan Kampung Bukit Kemuning serta perumahan PRIMA Lenchar, yang terputus hubungan selepas satu-satunya jambatan di sini runtuh akibat banjir.
Terdahulu, Fadillah turut melawat lokasi tanah runtuh di laluan FT 218, Seksyen 3.0 Jalan Bentong-Raub yang dipercayai berpunca daripada arus air deras yang mengalir dari lokasi pembukaan hutan berdekatan kawasan itu.
Malay News
Social Media Updates



