Pelakon Abby Abadi seakan meluahkan perasaan susulan isu kontroversi rumah tangganya.
Kata Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan menerusi satu hantaran di TikTok, dia tidak mahu orang lain mengajarkannya erti sabar kerana dia pernah mengalami rasa kecewa.
“Jangan ajarkan saya tentang sabar.
“Aku pernah dikecewa setengah nyawa. Dianiaya seperti tiada hati. Kamu tahu rasanya dibunuh tapi tidak mati,” tulis pada kapsyen video berkenaan.
Dalam hantaran sama, Abby juga mengaku dia kitidak berharap apa-apa selain meminta orang diluar sana mendoakan dirinya agar terus kuat dan hebat berjuang dalam hidup.
“Tak berharap apa-apa. Cuma doakan saya terus kuat dan hebat berjuang untuk kehidupan didunia dan akhirat,” katanya.