Pelakon Harris Annuar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Asha Merican kini sedang hamil anak kedua mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Harris dilihat sama-sama menunggu keputusan ujian kehamilan yang dibuat isterinya itu sebelum kedua-duanya berpelukan.
Dalam pada itu, Harris sempat berseloroh apabila menulis kapsyen seakan-akan berharap isterinaya tidak mengalami alahan pelik seperti sebelum ini.
“Alhamdulillah, jangan dia minta bau simen lagi sudah,” selorohnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebiti dan pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah sekaligus berharap segala urusan kehamilan dipermudahkan.







