Isteri kepada pelakon popular, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan meminta agar netizen di luar sana berhati-hati ketika membuat perkongsian di media sosial.
Kata Tya atau nama lengkapnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 33, sekiranya mana-mana individu tidak mampu untuk taat melakukan kebaikan, maka janganlah mengajak orang lain untuk melakukan keburukan atau perkara maksiat sama yang dilakukan.
Ini kerana, setiap perbuatan negatif yang menjadi ikutan orang lain, saham dosa akibat tindakan tersebut akan ditanggung bersama.
“Kalau kita tak boleh taat, at least jangan jadi asbab orang lain terjebak mengikuti perkara maksiat yang kita lakukan.
“Kerana kita juga akan mendapat saham dosa mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Tya juga menitipkan pesan agar netizen sentiasa berhati-hati membuat perkongsian di media sosial.
“Berhati-hatilah dalam apa jua yang kita share dan lakukan.
“Lebih lagi dalam sharing content di sosial media kita yang tiada limitnya,” jelasnya.
Tya berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads miliknya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan perkongsian Tya sekaligus mengucapkan terima kasih di atas peringatan yang diberikan.





