“Jangan Jadi Yang Konon Solat Tiap Hari Sekali Bawa Lelaki Balik”

“Jangan Jadi Yang Konon Solat Tiap Hari Sekali Bawa Lelaki Balik”

Lewat malam tadi perkongsian Nedim Nazri menjadi perhatian ramai apabila dilihat memuat naik hantaran di laman Threads miliknya.

Menerusi hantaran pada awalnya, Nedim berkata jangan percaya dengan mereka yang bertudung namun dia berkata bukan semua. 

BACA: “Nedim Memang ‘Soulmate’ Saya Tapi Rujuk Kembali, Tidak”

Malah, Nedim turut menyebut hal berkenaan anak serta memberi peringatan anak adalah segalanya baginya.

Turut menjadi perhatian, Nedim berkata dirinya bukanlah alim namun dia berharap dengan solat yang dilakukan dapat memberikan contoh kepada anaknya.

Sementara itu, dalam satu lagi hantaran Nedim berkata jangan menguji kasih sayang seorang lelaki terhadap keluarganya dan orang boleh bercakap apa saja tentang dirinya namun bukan membabitkan anaknya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa memandangkan Nedim tidak menyebut nama mana-mana individu sekaligus membuatkan netizen berteka-teki.


Scroll to Top