“Jangan Main Gila Dengan Aku” – Aidil Zafuan Nafi Tak Mengaku Anak

“Jangan Main Gila Dengan Aku” – Aidil Zafuan Nafi Tak Mengaku Anak

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Azfuan menjadi perhatian ramai apabila meninggalkan komen membalas dakwaan netizen.

Menerusi komen tersebut, individu itu mempersoalkan bagaimana anaknya mahu mengenali bapanya sedangkan tidak mengaku anak. 

BACA: Airit Rayyan Komen ‘Tak Kenal’ Bapa, Rita Rudaini Respon “Saya Tak Ajar Tau”

Tidak hanya berdiam diri, Aidil menafikan tuduhan berkenaan serta menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Aidil turut meminta individu itu memadam hantaran tersebut serta permohonan maaf serta mencari bukti benar dia ada membuat kenyataan berkenaan.

Terdahulu, anak kepada Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin ada memuat naik gambar memaparkan kejayaannya dalam acara sukan. 

Diruangan komen ada netizen yang mengaitkan kejayaannya itu adalah faktor didikan daripada bapanya, Aidil Zafuan.

Airit seolah memberi respon kepada hantaran berkenaan dengan mempersoalkan siapa individu yang dimaksudkan oleh pihak tersebut.


Scroll to Top