SHAH ALAM ā Seorang wanita menjadi mangsa terbaharu penipuan melibatkan pautan daripada Public Bank yang diterima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata mangsa telah membuat laporan polis pada Rabu lepas di Balai Polis Petaling Jaya setelah mendapati wang di dalam akaunnya lesap selepas menekan pautan tersebut dan mengikut arahan yang diberikan.
āMangsa berusia 51 tahun dan bekerja di sektor swasta telah menerima pautan melalui SMS daripada Public Bank yang mengatakan akaun mangsa berisiko tinggi untuk terdedah kepada pihak ketiga.
āMangsa telah menekan pautan https://pbebankonline.com dan telah mengikut arahan di dalam pautan untuk memasukkan data peribadi, maklumat perbankan dalam talian berserta kata laluan,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Yazid berkata setelah mangsa membuat semakan ke atas akaun miliknya didapati wang di dalam akaun telah lesap.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan setakat ini terdapat dua kesĀ sama telah dilaporkan di Selangor yang melibatkan kerugian sebanyak RM33,500.
āOrang ramai dinasihati agar tidak menekan pautan bank berkenaan kerana dipercayai modus operandiĀ baharuĀ tersebut digunakan oleh pihakĀ scammerĀ untuk menipu mangsa,ā katanya.
ā BERNAMA
Ā