Jasa pegawai Piala Presiden Perak selamatkan karier Shahrel Fikri

Jasa pegawai Piala Presiden Perak selamatkan karier Shahrel Fikri

Sha Alam: Jiwa kental untuk bergelar pemain profesional menjadi azimat buat Shahrel Fikri Md Fauzi biarpun kariernya pernah digugat dengan masalah injap jantung. Pada 2012, penyerang itu digugurkan dalam pemilihan ke Harimau Muda selepas masalah tersebut dikesan dalam ujian kesihatan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Bahaya terhadapnya. Kami tidak mahu ambil risiko dan terpaksa lepaskan beliau dalam senarai pemain yang terpilih. “Saya menasihatinya supaya dapatkan rawatan lanjut apabila balik ke Perak kelak,” kata bekas jurulatih Harimau Muda B, Razip Ismail.

Lantas, berita itu membuatkannya termenung memikirkan ‘aku tak boleh main bola lagi dah’ tetapi ibunya membantahnya daripada menjalani pembedahan. “Dia hampir melakukan pembedahan jantung, tapi tidak jadi selepas mendengar pesanan saya,” kata ibunya. -Astro Stadium

Malay News
Sports Desk