Jawatankuasa bebas siasat amalan periksa pelajar 'uzur' dalam peringkat akhir

Jawatankuasa bebas siasat amalan periksa pelajar 'uzur' dalam peringkat akhir

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan dalam peringkat akhir menubuhkan jawatankuasa bebas menangani amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal bagi membuktikan mereka ‘uzur syarie’.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata jawatankuasa itu juga akan meneliti tatacara menangani aduan diterima pihaknya.

“Jawatankuasa ini akan mengesyorkan aspek perlu dilakukan bagi penambahbaikan terhadap mekanisme sedia ada.

“Sebarang aduan yang diterima akan disiasat berdasarkan mekanisme sedia ada,” katanya pada sidang media secara maya di sini, hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan kes amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka ‘datang bulan’.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan pelajar di beberapa sekolah yang tidak dinamakan mendakwa amalan itu dikatakan berlaku sejak lebih 20 tahun lalu.

Radzi berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan kes seumpama itu di sekolah berasrama kelolaan kementerian dan setakat ini tiada maklumat amalan itu berlaku.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top