JDT bakal umum rakan strategik baharu

JDT bakal umum rakan strategik baharu

JDT dijangka membuat pengumuman mengenai rakan antarabangsa baharu pada Isnin. Foto FB Johor Southern Tigers.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bermain teka-teki dengan pengikut kelab itu di laman sosial Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Ahad.

Kelab itu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak apabila memberitahu mereka akan mengumumkan rakan strategik antarabangsa baharu pada Isnin.

Ia berdasarkan kenyataan ringkas satu perenggan.

“Era baharu akan datang tidak lama lagi. Nantikan pengumuman rakan antarabangsa baharu Johor Darul Ta’zim FC pada hari Isnin!,” tulis kelab itu.

Kenyataan ringkas itu turut disertakan video pendek yang memaparkan logo kelab gergasi Eropah iaitu Juventus, Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG).

Skuad Harimau Selatan sebelum ini mengikat kerjasama dengan kelab ternama dunia termasuk Juventus, City dan PSG serta beberapa lagi kelab Eropah.

JDT telah merekodkan 20 trofi kejuaraan di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak 2013.