JDT berjaya kerana hanya ada satu TMJ

JDT berjaya kerana hanya ada satu TMJ

KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat tiada pasukan mampu menjadi seperti skuad Harimau Selatan kerana hanya ada satu sahaja TMJ.

Menerusi satu komen ditinggalkan Tunku Ismail di laman Instagram miliknya, baginda berharap seteru JDT cemburu atau membenci kelab itu tetapi mereka harus mengagumi kehebatan dan menghargai sumbangan JDT kepada bolasepak tempatan.

“Daripada jaga rumput, falsafah bola sepak, infrastruktur, hingga ke celebration.

“Tiada orang boleh buat apa kami/JDT buat dalam negara ni atau asia sebagai sebuah club. Kejayaan sama-sama mengiringi pemodenan dan inovasi.

“Celebration kita adalah identity kita mewakili concept inilah JDT. Lain dari lain. Sentiasa meningkatkan quality dari setiap aspect.

“Kepada keluargaku, terima kasih atas sokongan anda dan kepada musuhku, jangan kau bercemburu atau membenci tetapi anda semua harus mengagumi kehebatan ini dan hargai sumbangan JDT kepada bola sepak tempatan.

“Kerana tidak akan ada lagi club macam JDT dalam setiap aspect. Kerana ada satu sahaja TMJ,” kata Tunku Ismail.

Musim ini, skuad bimbingan Esteban Solari mencipta sejarah tersendiri apabila melakar rekod Double Quadruple Invincibles selepas memenangi empat piala tanpa sebarang kekalahan bagi dua musim berturut-turut.

Mereka juga memenangi 25 daripada 26 perlawanan Liga Super musim ini dan menjaringkan 100 gol namun hanya bolos tujuh gol. – MalaysiaGazerre

Scroll to Top