
Aksi pemain TFC. Nor Hakim Hassan melarikan bola dari pemain JDT La’vere Corbin Ong pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara JDT dan TFC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berharap tidak lagi bermain di atas padang yang seteruk padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam perlawanan akan datang.
Pengendalinya, Esteban Solari berkata, keadaan padang yang teruk itu memberikan kesan kepada pasukan apabila dua pemain utama mereka mengalami kecederaan.
“Malangnya, keadaan padang pada perlawanan akhir sangat teruk dan JDT berdepan kecederaan pemain dalam perlawanan itu.
“Ia sangat memalukan kepada pemain kerana mereka menjaga diri dan berlatih dengan gigih. Ia memberikan kesukaran kepada kami kerana mereka pemain yang bagus.



