am@hmetto.com.my
Jerlun: Jenazah mangsa tetak oleh adik ipar di kawasan sawah di Kampung Pida 3, di sini selamat dikebumikan malam tadi.
Jenazah Nasir Md Nayan, 45, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Babus Salam, Kampung Pida 3 pada 8.15 malam, dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung.
Terdahulu, jenazah dibawa ke masjid itu untuk disolatkan selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki maut dengan kepalanya putus akibat ditetak adik ipar dalam pergaduhan di kawasan sawah di Kampung Pida 3.
Suspek berusia 38 tahun direman enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan:
Dua jam isteri pangku jasad suami dalam sawah
‘Adik nampak macam arwah suami panggil, ejek dia’ – Isteri mangsa tetak
Kes tetak abang ipar: Suspek direman 6 hari
‘Arwah sangat baik, kejadian ini memang kejam’
Pergaduhan abang ipar, adik ipar berakhir dengan pembunuhan kejam
© New Straits Times Press (M) Bhd




