Saat keluarga sedang berduka, urusan pengebumian seorang lelaki di Ampang didakwa bertukar menjadi detik yang cukup menyayat hati apabila jenazahnya terpaksa menunggu lama di dalam liang lahad.
Memetik laporan Utusan Malaysia, jenazah tersebut dikatakan tidak dapat terus dikebumikan selama satu jam 20 minit susulan pertikaian membabitkan permit mengubur dan tuntutan bayaran RM1,400 oleh pihak pengurusan sebuah masjid di Kampung Pandan.
Jenazah sudah berada dalam liang lahad
Kejadian itu mula mendapat perhatian selepas beberapa rakaman dimuat naik menerusi Facebook Mr Wan Cai Official, yang juga Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ).
Dalam hantaran pertama, Wan Cai mempersoalkan mengapa urusan pengebumian tidak diteruskan sedangkan jenazah sudah berada di dalam liang lahad.
Menerusi rakaman susulan, beliau mendakwa terdengar kenyataan bahawa permit kematian telah ditahan oleh pihak masjid.
Menerusi ruangan komen, seorang pengguna Facebook menggunakan nama ‘Panorama Berduri’ tampil berkongsi dakwaan mengenai punca kejadian tersebut.

Wan Cai ketika dihubungi memaklumkan bahawa beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada pihak BKS berhubung apa yang berlaku.
Beliau turut meminta NGO tersebut bersama ahli keluarga arwah membuat laporan polis supaya perkara itu dapat disiasat dengan lebih lanjut.
Menurutnya, sebarang pertikaian sepatutnya diketepikan terlebih dahulu apabila jenazah sudah berada di dalam liang lahad.
Setakat ini, belum ada penjelasan daripada pihak pengurusan masjid berhubung dakwaan tuntutan bayaran RM1,400 serta permit mengubur yang dikatakan ditahan.
Pssttt! Urusan pengebumian sepatutnya dipermudahkan, lebih-lebih lagi ketika keluarga sedang menanggung kesedihan. Apa juga pertikaian berkaitan bayaran atau pengurusan wajar diselesaikan selepas jenazah selamat dikebumikan, bukan ketika arwah sudah berada di dalam liang lahad.
Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




