Jep Mohon Maaf,  Sudah Ambil Tindakan Undang-Undang

Jep Mohon Maaf,  Sudah Ambil Tindakan Undang-Undang

Pelawak Jep Sepahtu dilihat membalas permohonan maaf Shuib dengan memohon maaf terhadap sahabatnya itu.

Menerusi hantaran di Instagram, Jep memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.

BACA: “Aku Minta Maaf, Minta Maaf Atas Kekhilafan” – Shuib Mohon Maaf Berulang Kali Kepada Jep

Jep berkata tindakan itu diambil berikutan fitnah jahat dilemparkan terhadap dirinya dan ianya bukan sindiran.

“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.

“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH,” tulisnya.

Sebentar tadi, Shuib memuat naik hantaran permohonan maaf terhadap Jep susulan kekhilafannya menyindir rakannya itu dalam satu episod Dol’s Podcast bersama Azlee Senario.


Scroll to Top