HIGASHIOSAKA – Berasa pening dan tidak sihat selepas berbasikal ke tempat kerja dalam cuaca panas terik, seorang pekerja gudang di Jepun memilih kaedah luar biasa untuk menyejukkan badan dengan ‘peti sejuk manusia’.
Mesin sebesar pondok telefon itu dilengkapi dengan pancutan udara sejuk yang memberikan keselesaan dingin dan mendapat sambutan di Jepun yang berdepan suhu semakin tinggi selepas mula diperkenalkan tahun ini.
“Saya baru berada di dalam peti itu kira-kira dua minit, tetapi tempoh itu sudah cukup untuk mengeringkan seluruh peluh di badan saya.
“Memang sangat menyegarkan,” kata seorang pengguna, Taichi Konishi, 24, kepada AFP.
Pengedar peralatan industri berpangkalan di Tokyo, Trusco Nakayama berkata, lebih 300 unit mesin dikenali sebagai Do Hiemon Box telah dijual sejak April lalu.
Mesin berkenaan berharga kira-kira 1.5 juta yen (RM38,000) seunit.- AFP