Jerebu: 29 kawasan kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Muda tertinggi

Jerebu: 29 kawasan kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Muda tertinggi

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi ini, dengan Batu Muda merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.

Berdasarkan data Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Johan Setia mencatatkan bacaan 170, diikuti Petaling Jaya (165), Shah Alam dan Nilai masing-masing 164, Cheras (163), Bukit Rambai (162 ),Klang (161), Putrajaya (160) dan Seremban (159).

Selain itu, Banting dan Larkin masing-masing 157 ,Pasir Gudang (156) manakala Tasek Ipoh serta Paka, 155.

Sementara itu, 33 lagi kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan enam lokasi lain mencatatkan IPU baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 (berbahaya).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top