Jerebu beransur pulih, hanya lapan lokasi catat IPU tidak sihat

Jerebu beransur pulih, hanya lapan lokasi catat IPU tidak sihat

asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Keadaan jerebu menunjukkan perkembangan positif apabila hanya lapan lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 5 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), lima daripada lapan lokasi berkenaan terletak di Sarawak, dengan Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195.

Lokasi lain di Sarawak ialah Kuching dengan bacaan IPU 183, Samarahan (180), Sri Aman (158) dan Sibu (141).

Di Semenanjung, Paka di Terengganu merekodkan bacaan IPU 156, diikuti Pasir Gudang (153) dan Batu Pahat (127).

Sementara itu, sebanyak 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dalam tempoh sama.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala bacaan 301 ke atas dikategorikan sebagai berbahaya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top