Jerman terkulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Seville, Sepanyol: Jerman menerima kekalahan terburuk dalam tempoh 89 tahun pagi ini apabila dibelasah Sepanyol 6-0 di Seville seterusnya membenarkan pasukan La Roja itu mara ke pusingan akhir Liga Negara-Negara tahun hadapan.

Sebagai statistik, Jerman belum pernah kalah teruk sejak kalah kepada Austria dengan jumlah jaringan sama dalam aksi persahabatan pada tahun 1931.

Sepanyol jelas pasukan yang hebat berbanding Jerman di Seville apabila Ferran Torres mencetak hatrik bagi meneruskan reputasinya sebagai antara prospek cerah pemain bola sepak masa hadapan.

Dalam pada itu, Alvaro Morata dan Rodri turut menemui sentuhan apabila menjadikan keputusan 3-0 sebelum rehat separuh masa pertama. Walaupun Sergio Ramos dikeluarkan kerana kecederaan, Jerman masih juga gagal memanfaatkan peluang menghasilkan jaringan.

Sebaliknya, Torres menambah dua lagi gol dan Mikel Oyarzabal menjaringkan gol keenam pada lewat permainan untuk mengesahkan kekalahan kedua terbesar Jerman selepas kekalahan teruk mereka 0-9 kepada pasukan amatur England pada 1909.

Joachim Loew yang menjulang Jerman memenangi Piala Dunia pada 2014 bakal berdepan tekanan selepas dimalukan pada aksi itu selepas 14 tahun membimbing.

Dengan persembahan terbaik Sepanyol di bawah kendalian Luis Enrique pastinya bakal memberi mereka harapan cerah sebagai pencabar utama Kejohanan Eropah pada musim panas akan 2021.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Sports Desk