Jersi nombor 7 milik Ronaldo

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

LONDON – Pemilik jersi nombor 7 Manchester United akhirnya terjawab apabila Cristiano Ronaldo disahkan sebagai pemiliknya.

United mengumumkan berita itu menerusi satu hebahan media di laman rasmi kelab tersebut.

Kepulangan Ronaldo itu yang kembali memakai jersi ikonik telah menyebabkan tempahan untuk jersi nombor 7 dibuka kepada peminat.

United telah meyakinkan Cavani untuk terus kekal selepas musim cemerlang membantu United menamatkan saingan di tangga kedua.

Cavani awalnya merancang menyertai Boca Juniors agar lebih dekat dengan keluarganya. Namun akhirnya menerima kontrak lanjutan itu.

Dia didaftarkan sebagai pemilik nombor 7 untuk musim ini dan sudah sekali memakai jersi itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL)

Namun kehadiran Ronaldo, membuatkan kelab dilaporkan meminta kebenaran khas kepada EPL untuk menukar nombor jersi itu kepada Ronaldo.

Peraturan EPL sebelum itu melarang penukaran nombor jersi sebaik sahaja pemain sudah didaftarkan kecuali Cavani meninggalkan kelab tersebut.

Namun pertukaran hanya boleh berlaku dengan kebenaran atau pun izin khas daripada lembaga pengarah EPL.

Dengan Daniel James yang sah pergi ke Leeds United, Cavani memakai jersi yang 21 yang menjadi nombornya bersama Uruguay.

Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada Cavani di atas tindakan itu.

Ronaldo berkata: “Saya sendiri tidak pasti sama ada sebarang kemungkinan saya akan memakai no.7 sekali lagi.”

“Jadi, saya berterima kasih kepada Edi di atas tindakan terpuji ini.”

Sebelum ini Lionel Messi turut diberikan pengecualian khas oleh Ligue 1 selepas pemain itu meminta memakai jersi no.30 yang dikhaskan wajib untuk penjaga gol sahaja.

Neymar menawarkan Messi jersi nombor 10 beliau namun Messi memilih untuk tidak mengambilnya dan kemudian memilih nombor yang pernah dipakainya ketika karier awalnya bersama Barca. – MalaysiaGazette