Kerap ‘sembang’ isu tolak vaksin, Instagram Suhaimi Saad kena sekat

Nama Suhaimi Saad rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Bekas penyanyi nasyid ini sememangnya sangat lantang menyuarakan pendapatnya berkenaan isu vaksin di media sosial.

Boleh kata setiap hari ada sahaja hantaran yang di buat terutamanya di Instagram menyentuh perihal vaksin yang tidak diyakini olehnya.

Namun begitu, menerusi Facebook Suhaimi atau dikenali sebagai Mosus, dia memaklumkan yang Instagramnya telah di sekat selama 30 hari.

Penyekatan yang berlaku boleh jadi disebabkan posting yang kerap kali dibuat menyentuh tentang vaksin dan menyampaikan dakyah anti vaksin yang kerap kali menjadi perdebatan di media sosial.

Dalam kenyataan tersebut juga, Mosus sempat memaklumkan yang dia langsung tidak kisah berkenaan sekatan yang dilakukan pihak Instagram keatas akaunnya.

Dalam muat naik sebelumnya, Mosus ada memaklumkan yang Instagramnya disekat berkemungkinan kerana ada orang-orang Islam yangmembuat aduan kerana dia sering berkongsi perihal vaksin dan ‘kantoikan’ kerajaan.

Jadi, media sosialnya itu telah disekat selamat 30 hari bermula dari akhir Ogos yang lalu.

Terdahulu, Suhaimi ada menzahirkan rasa ‘hormatnya’ kepada 779 guru di Johor apabila enggan mendapatkan vaksin. Dia juga dengan lantang memberitahu yang hanya orang-orang yang ‘bodoh’ sahaja mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, dia sekali lagi dikecam oleh warganet yang tidak setuju dengan kenyataan kasar dikeluarkan bekas penyayi nasyid kumpulan In-Team berkenaan.

Sumber: Facebook Mosus