Mashhad, Iran: Sekurang-kurangnya sebuah jet pejuang dilihat mengiringi pesawat yang membawa jenazah pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei ke lokasi persemadian akhir beliau di bandar suci timur Mashhad pada Khamis, menurut rakaman yang disiarkan laman web rasmi pemimpin itu.
Keranda Khamenei, bersama ahli keluarga beliau yang terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat-Israel pada Februari lalu — insiden yang mencetuskan perang Timur Tengah — sebelum ini dibawa dari Iraq di mana lautan manusia menghadiri upacara penghormatan terakhir di bandar suci Najaf dan Karbala.
Sementara itu, Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap puluhan sasaran di Iran termasuk laluan kereta api menghubungkan Tehran dan Mashhad, beberapa jam sebelum pengebumian Ali Khamenei dijadualkan berlangsung di bandar timur Iran itu.
Serangan menjelang upacara pengebumian di kampung halaman Khamenei berlaku pada hari kedua membabitkan tindakan balas antara kedua-dua pihak, sekali gus menguji gencatan senjata rapuh ketika musuh ketat itu bertempur merebut laluan strategik Selat Hormuz.
© New Straits Times Press (M) Bhd




