Kalau diikutkan hari ini pempengaruh Cik Epal dibenarkan untuk mengambil barangan peribadinya di rumah bekas suami.
Tetapi lain pula yang jadi apabila bekas suami, Jofliam tiba-tiba menukar fikiran tidak membenarkan syarikat perkhidmatan sewa lori masuk ke rumah. Apa kes?
BACA: Tular! Cik Epal Dakwa Diserang Dewi Ketika Cuba Ambil Barang Peribadi
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram Story, Jofliam berkata syarikat pengangkutan (movers) berkenaan telah membuat ugutan jenayah di Threads.

Perkara itu membuatkan Jofliam tidak membenarkan walau seorang pun wakil syarikat untuk masuk ke rumah dan mengambil barangan Cik Epal.
Peniaga pizza wagyu ini turut memuat naik video bersemuka sendiri dengan individu yang membuat ugutan kepadanya.
Saya cari dia tapi staf nak backup konon dia takda. Padahal ada je elok je standby phone dalam kereta. Penakut. Lah muncul pula depan mata.
Jofliam menganggap individu berkenaan lebih sudu daripada kuah kerana tidak profesional dan mencampuri urusan peribadinya.


Tambah Jofliam lagi, dia berjaya ‘patahkan’ semua perancangan pihak terbabit sehingga tiada seorang pun berjaya masuk tanpa kebenaran.
Malah, Jofliam turut berkongsi bahawa dia mempunyai kronologi lengkap kes ini termasuk rakaman dan dokumen sebagai bukti untuk dikemukakan kemudian.