Jom Ke NHCCE 2025! Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti!

Jom Ke NHCCE 2025! Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti!

Oktober ni memang confirm panas dengan event yang ditunggu-tunggu dalam dunia modal insan National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) bakal kembali gegar MITEC, Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Oktober 2025.

Sepanjang event ini berlangsung, korang boleh masuk Pameran Percuma dengan lebih daripada 300 pempamer yang akan tunjukkan pelbagai perkara menarik daripada kemahiran terkini, penyelesaian HR, teknologi canggih hinggalah platform kesihatan dan kesejahteraan untuk organisasi dan individu.

Selain tu, ada juga BizMatch Networking, tempat terbaik untuk cari peluang kerjasama dan connect terus dengan majikan, penyedia latihan serta pemimpin industri.

Kalau nak sesi lebih santai, jangan lepaskan peluang join Fireside Chats & Platinum Spotlights bersama CEO ternama dan pakar industri, serta Pocket Talk & Brown Bag Sessions yang akan kupas isu pertumbuhan, inklusiviti dan kelestarian.

Tak cukup dengan tu, korang boleh cuba Personality Test untuk kenali kekuatan diri. Dah kenal tu, korang boleh lah tahu kekuatan diri yang ada untuk ceburi bidang kerja masing-masing. Sebab apa? Sebab dekat NHCCE ni ada Career Fair juga tau!

Pada siapa yang tengah cari kerja, boleh ke MyfutureJobs Career Fair, dan korang juga boleh explore Wellness Pavillion & Booster Area yang merupakan zon interaktif untuk kesihatan, kesejahteraan dan aktiviti menarik.

Selain daripada tu, NHCCE tahun ni memang luar biasa dengan membawa tema “Menerajui Revolusi Modal Insan”, siap bawa barisan speaker antarabangsa ke Malaysia tau, memang rare!

Antara nama besar yang bakal jadi tumpuan kali ini termasuklah Dr. Michio Kaku, saintis dan futuris terkenal dunia yang selalu muncul di kaca TV bila bercakap tentang masa depan teknologi dan manusia.

Turut sama ialah Vishen Lakhiani, pengasas serta CEO Mindvalley yang memang popular dengan idea-idea pembangunan diri dan komuniti globalnya. Tak ketinggalan juga David Coulthard, bekas pelumba Formula 1 yang pernah menang 13 Grand Prix dan kini jadi ikon motorsport yang masih digilai ramai peminat.

Bukan tu je, ada juga Sonny Bill Williams, atlet, pengulas dan ikon budaya yang cukup berpengaruh; serta John Sanei, antara lima futuris terbaik dunia, penulis buku laris dan penceramah utama.

Malaysia pun ada wakil hebat antaranya Datuk Nicol David, lagenda skuasy negara yang dah angkat nama Malaysia ke pentas dunia.

Barisan speaker lain, seperti Dato’ Sri Idris Jala yang terkenal dengan kepimpinan strategik, Mariana Atencio iaitu wartawan pemenang anugerah Peabody yang juga penulis serta hos televisyen, Dr. Shadé Zahrai, pakar strategi kepimpinan yang jadi rujukan Fortune 500, dan juga Jason Lai, seorang jurulatih kepimpinan yang unik sebab dia juga merupakan seorang konduktor orkestra.

Semua nama besar ini akan berkongsi pentas untuk bawa idea segar tentang strategi, masa depan kerja, kepimpinan inklusif dan transformasi digital.

Senang cerita, semua ni bukan teori kosong tapi pengalaman sebenar, real-world case study terus daripada pakar dan peluang hands-on yang korang boleh bawa balik!

Kalau korang nak tahu, NHCCE 2025 ni sebahagian daripada ASEAN Year of Skills (AYOS) 2025. Malaysia jadi tuan rumah, jadi ini bukan setakat event nasional tapi pentas serantau untuk bincang pasal masa depan kerja, AI, sustainability, mobiliti bakat, sampai ke kemahiran hijau.

Dengan dunia kerja makin berubah ke dunia AI, digitalisasi sampailah isu ekonomi hijau, NHCCE ni pendek kata nak pastikan Malaysia dan ASEAN tak ketinggalan.

Kalau korang memang nak upskill, network dengan leaders, atau sekadar nak tahu apa yang bakal jadi dalam dunia kerja masa depan lebih baik lock tarikh ni siap-siap.

Info lanjut ada dekat SINI.


Scroll to Top