Toronto: Penyerang utama Kanada, Jonathan David dan Tani Oluwaseyi, diberi tanggungjawab mengetuai jentera serangan pasukan itu bagi aksi pembukaan Kumpulan B Piala Dunia 2026 menentang Bosnia dan Herzegovina di Stadium Toronto, awal pagi ini.
David yang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman Kanada dijangka menjadi sandaran utama tuan rumah untuk memburu tiga mata pertama dalam kejohanan berkenaan.
Kanada turut mempertaruhkan penjaga gol Maxime Crepeau yang terlepas peluang beraksi pada Piala Dunia 2022 selepas mengalami patah kaki.
Stephen Eustaquio pula akan menggalas tugas sebagai kapten pasukan susulan kecederaan yang dialami bintang utama Kanada, Alphonso Davies.
Sementara itu, Bosnia membuat keputusan merehatkan penyerang veteran, Edin Dzeko, apabila penjaring terbanyak sepanjang zaman negara itu hanya diletakkan di bangku simpanan.
Bagaimanapun, seorang lagi pemain berpengalaman Bosnia yang pernah beraksi pada Piala Dunia 2014, Sead Kolasinac, disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Kesebelasan utama
Kanada: Maxime Crepeau, Alistair Johnston, Luc De Fougerolles, Derek Cornelius, Richie Laryea; Stephen Eustaquio, Ismael Kone, Liam Millar; Tajon Buchanan, Jonathan David, Tani Oluwaseyi.
Bosnia & Herzegovina: Nikola Vasilj, Tarik Muharemovic, Sead Kolasinac, Benjamin Tahirovic, Amar Dedic, Ermedin Demirovic, Ivan Basic, Amar Memic, Nikola Katic, Esmir Bajraktarevic, Jovo Lukic.
© New Straits Times Press (M) Bhd




