JSPT atur petugas, kawalan di Istana Kehakiman

JSPT atur petugas, kawalan di Istana Kehakiman

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah mengatur petugas bagi kawalan lalu lintas, pemantauan dan penguatkuasaan susulan kemungkinan berlangsung himpunan solidariti bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya esok.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, anggota tambahan daripada pihaknya turut dihantar bagi memberi bantuan di Putrajaya.

Menurutnya, penugasan awal akan bermula tengah malam ini hingga esok termasuk bantuan daripada Perbadanan Putrajaya untuk sebarang halangan kenderaan.

“Lencongan dan penutupan jalan akan dibuat hanya jika perlu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed dilapor melarang orang ramai berhimpun di Istana Kehakiman khususnya bagi Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dipetik berkata, himpunan itu tidak mendapat kebenaran dan tidak mematuhi syarat termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, malah tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang menyertainya.

‘Hormati kuasa prerogatif Agong beri ampun, tunda hukum’ – Istana Negara

Hormati titah Agong, jangan sertai perhimpunan – KPNHormati titah Agong, jangan sertai perhimpunan – KPN

Umno batal perhimpunan solidariti Najib Isnin ini – Asyraf Wajdi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top