Julia Farhana & Suami Saling Unfollow, Tiada Gambar Raya Bersama Cetus Tanda Tanya

Julia Farhana & Suami Saling Unfollow, Tiada Gambar Raya Bersama Cetus Tanda Tanya

Pelakon Julia Farhana dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz menjadi perhatian apabila didakwa tidak menyambut hari raya bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Hafiz dilihat memuat naik gambar bersama ibunya di hari raya namun tidak kelihatan kelibat Julia.

BACA: Julia Farhana Tauke Sayur & Buah-Buahan, Usahakan 30 Ekar Ladang

“Sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Seperti biasa di pagi raya saya akan singgah ziarah ibu dan ayah tercinta terlebih dahulu. Sempat jugak merasa air tangan ibu buat nasi minyak ayam merah yang sudah lama mengidam.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Semoga kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita,” tulisnya.

Hasil tinjauan mendapati, pasangan itu juga tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di media sosial sekaligus mencetuskan tanda tanya. 

Untuk rekod, Julia mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022.


Scroll to Top