Jurulatih Bosnia positif COVID-19

Jurulatih Bosnia positif COVID-19

SARAJEVO: Jurulatih Bosnia Herzegovina, Ivaylo Petev diuji positif COVID-19 hanya beberapa hari menjelang pertemuan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang juara bertahan, Perancis, kata kenyataan persekutuan bola sepak negara Balkan itu.

Selepas pulang dari Finland, ketika Bosnia seri 2-2 dalam perlawanan pembukaan mereka, skuad berkenaan menjalani ujian dan keputusan semalam mendedahkan bahawa Petev positif, kata kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun semua pemain dan kakitangan lain negatif.

Pengendali berusia 45 tahun dari Bulgaria itu menyertai pasukan berkenaan pada Januari “berasa sihat dan tiada simpton,” kata kenyataan itu.

Bosnia akan berdepan Perancis di Sarajevo dalam saingan Kumpulan D Rabu depan.

Seleian Finland, kumpulan itu turut disertai Ukraine dan Kazakhstan. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd