mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Revolusi skuad Harimau Malaya menyaksikan mungkin majoriti pasukan kebangsaan dibarisi rata-rata pemain campuran Belanda dan England.
Berdasarkan kepada laman Frfuturetalents menyaksikan barisan pemain kacukan yang disenaraikan adalah individu yang berpengkalan di Eropah dan beraksi dalam saingan liga kompetitif.
Sebahagian besar pemain ini adalah bintang kelahiran Belanda seperti Zien Flemming (Burnley), Milan Van Ewijk (Coventry), Sam Scheperman (Heracles Almelo) dan juga Iggy Houben (PSV).
Bukan itu sahaja, terdapat juga bintang kelahiran England yang turut disenaraikan iaitu Josh Brownhill (Burnley), Kiernan Dewsbury-Hall (Chelsea), Jamie Shackleton (Sheffield United), Marcus Tavernier (AFC Bounemouth) dan juga Tyrhys Dolan (Blackburn).
Terdapat juga nama pemain kacukan dari Australia, Sweden dan juga Wales yang mewarnai senarai panjang itu.
Baru-baru ini, Frfuturetalents juga ada memuat naik potongan video berkenaan Iggy Houben yang mengakui bahawa dia berketurunan Malaysia menerusi neneknya yang berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Walaupun, senarai nama pemain kacukan itu sudah tular di media sosial namun sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau pemain itu sendiri.
Mengikut rekod, Skuad kendalian Pau Marti beraksi cemerlang pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA selepas menundukkan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1.
Harimau Malaya meneruskan momentuk cemerlang apabila mengikat pasukan ke-125 dunia, India di Hyderabad dengan keputusan 1-1.
Ujian berikutnya buat skuad negara adalah aksi di Asean 2024 dengan aksi pembukaan menentang Kemboja.
© New Straits Times Press (M) Bhd