KUALA LUMPUR: Kadar bayaran bagi seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356.
Untuk kumpulan M40 pula ditetapkan pada RM19,152.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman berkata, kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H/2024M meningkat lapan peratus kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun 1444H/2023M.
Sehubungan itu, katanya, kadar Bayaran Haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM12,356 seorang.
“Kadar ini telah mengambil kira keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 di mana Kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.
“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan Kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63% daripada kos haji.
“Bayaran Haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang. Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42% dari kos keseluruhan kos haji.
Katanya, TH juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar untuk bakal haji Muassasah daripada kalangan B40 dan M40 pada tahun ini (1445H/2024M) walaupun terdapat peningkatan kos menunaikan ibadat haji.
Menurut beliau. Kos Haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H/2024M meningkat 8% kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun 1444H/2023M.
“Sehubungan itu, kadar Bayaran Haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM12,356 seorang.
Kadar ini telah mengambil kira keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 di mana Kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.
“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan Kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63% daripada kos haji.
“Bayaran Haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang. Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau
42% dari kos keseluruhan kos haji.




