
Perkahwinan kali ke-15 Marfina bersama Jusman turut mengundang pelbagai reaksi warganet. Foto Agensi
WATAMPONE – Kisah wanita ini tular selepas melangsungkan perkahwinan kali ke-15 dengan pasangan yang 24 tahun lebih muda daripadanya.
Pemilik nama Marfina, 46, itu mengikat tali cinta dengan Jusman, 22,
Pernikahan itu turut menjadi buah mulut penduduk di kampung halamannya di Desa Waelado, Kecamatan Ajangale, Kabupaten Bone di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Majlis meraikan pasangan itu berlangsung secara sederhana dan dia turut menerima mas kahwin berjumlah 4 juta rupiah (RM916).
Menurut Marfina, mereka bertemu buat kali pertama di tempat kerja di Sengkang dan kemudiannya saling jatuh cinta.
Difahamkan, wanita tersebut mempunyai seorang anak berusia 12 tahun hasil daripada perkahwinan ketiganya.
Marfina, yang bekerja sebagai penyanyi, turut menjelaskan bahawa beberapa daripada 14 perkahwinannya yang lalu berakhir akibat kematian suaminya.
Wanita itu juga dikatakan agak popular di Facebook kerana mempunyai kira-kira 177,000 pengikut. – Agensi


