Kak KM Tak Kisah Berhabis RM50,000 Beli Sejadah

Kak KM Tak Kisah Berhabis RM50,000 Beli Sejadah

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tidak kisah berhabis puluhan ribu ringgit untuk membeli sejadah berkualiti.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Kak KM berada di sebuah gedung karpet milik pelakon Dazrin Kamarudin dan usahawan itu dilihat membeli sejadah bernilai RM50,000.

BACA: “Anna Ni Memang Budak Yang Baik” – Kak KM Sebelahi Anna Jobling

“Orang dah beli RM50,000. Tak kan tak tunjuk? Dia bukan saja beli beg tangan mahal, sejadah pun mahal,” katanya.

Sementara itu, Kak KM berseloroh mengatakan jika mampu untuk membeli beg tangan berharga RM60,000 tiada masalah untuk membeli sejadah dengan harga berkenaan.

“Kita ini merendah diri. Beg tangan boleh beli RM60,000, tak kan sejadah RM6,000 tak boleh beli?,” katanya.


Scroll to Top