Kakitangan KOPETRO menyampaikan sumbangan kepada rakan media

Kuala Lumpur: Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menyampaikan sumbangan cenderahati kepada rakan-rakan media yang berada di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur.

Menurut Pengurus Kanan Koperasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil Bin Abd Lateff, program ini dijalankan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha gigih pihak media yang bertungkus-lumus membuat liputan berita dan menyebarkan maklumat sahih kepada masyarakat tatkala seluruh negara berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan.

β€œIni adalah penghargaan KOPETRO kepada rakan-rakan media yang akan merayakan Tahun Baru Cina, diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka sekaligus memberi semangat supaya mereka dapat bekerja dengan lebih baik.”

Selain dari meraikan rakan-rakan berbangsa Cina, turut menerima sumbangan yang sama adalah rakan-rakan media dari pelbagai bangsa ujarnya lagi.

Sebanyak 50 buah beg makanan sejuk beku jenama LengQuas telah diedarkan kepada 50 rakan media yang bertuah. Sumbangan telah dijalankan dalam kesederhanaan dan juga mengamalkan SOP yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan. -press release

Malay News
Business Desk

 

Scroll to Top