‘Kaklong amuk’ minta maaf, kedai jelaskan anak tak mencuri & tiada barang hilang

‘Kaklong amuk’ minta maaf, kedai jelaskan anak tak mencuri & tiada barang hilang

Selepas insiden mengamuk di sebuah kedai serbaneka susulan berang anaknya dituduh mencuri, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Kaklong telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua di Facebooknya.

Menerusi video yang berdurasi lebih dari 30 minit itu, wanita berkenaan memaklumkan yang tindakannya semalam adalah kerana tidak dapat menerima anaknya dituduh ‘panjang tangan’. Namun begitu, dia akui apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah S.W.T

Selain daripada itu, wanita yang juga merupakan peniaga produk kosmetik turut menjelaskan mahu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai serbaneka tersebut bagi memastikan anaknya benar-benar tidak bersalah.

Selepas live di Facebook itu, wanita berkenaan memaklumkan yang kes telah dianggap selesai dan staf di kedai tersebut menjelaskan tiada barang pun yang hilang.

Dalam pada itu, dia juga sempat memberikan amaran kepada mereka yang memuat naik kembali video amukannya di laman sosial supaya berhenti melakukan hal tersebut.

‘Kaklong’ dengan tegas menyatakan yang dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika masih ada netizen yang menyebarkan rakaman video semasa dia membuat live memarahi staf kedai serbaneka semalam.

 

 

Terdahulu, video seorang wanita mengamuk kerana bengang anaknya dituduh mencuri telah tular di media sosial. Mana tidaknya, cara dia ‘menyerang’ staf kedai tersebut begitu lantang sehingga tidak memberi ruang langsung kepada para pekerja memjelaskan hal sebenar.

Lebih membuatkan netizen meluat adalah tindakannya yang membuat live di Facebook terlebih dahulu sebelum mula memarahi staf di kedai itu disamping perilaku anaknya yang membuang-buang barang di kaunter kedai berkenaan.

@kepekpisangg

Reply to @its_azri92 tengok sampai habis 🤟

♬ original sound – kepekpisang03 – kepekpisang03

Sumber: Facebook, TikTok @kepekpisangg

Scroll to Top