Kalah PRN, Anthony Loke tetap teruskan Pusat Khidmat Chennah guna duit sendiri

Kalah PRN, Anthony Loke tetap teruskan Pusat Khidmat Chennah guna duit sendiri

Meskipun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memilih untuk terus mengekalkan operasi pusat khidmat di kawasan berkenaan menggunakan biaya peribadinya.

Pasukan akan terus beri khidmat kepada penduduk setempat

Memetik laporan daripada Astro Awani, Anthony menyatakan beliau bersama pasukannya akan terus memberikan khidmat kepada penduduk setempat, termasuk mengekalkan kakitangan sepenuh masa di pusat berkenaan.

“Masih terdapat keperluan dalam kalangan mereka untuk mendapatkan bantuan kami, khususnya dalam urusan permohonan bantuan (asas) dan bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Seremban selepas mengumumkan pelantikan ADUN Nilai, Arul Kumar sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan hari ini.

Kalah PRN, Anthony Loke tetap teruskan Pusat Khidmat Chennah guna duit sendiri

Pusat khidmat beroperasi seperti biasa

Menurut Anthony, pusat khidmat itu akan terus beroperasi seperti biasa, namun papan tanda perlu ditukar kerana beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai ADUN Chennah.

“Jadi papan tanda akan ditukar kepada Pusat Khidmat DAP Chennah. Kita masih mengekalkan khidmat kita atas kapasiti parti dan landasan parti,” katanya.

Anthony sebelum ini menjadi ADUN Chennah selama dua penggal sebelum tewas kepada calon Barisan Nasional (BN)-MCA, Siow Kong Choon pada PRN Negeri Sembilan dengan majoriti 688 undi pada 1 Ogos lalu.

Sumber: Astro Awani 

Scroll to Top