Agong terima menghadap Anwar, bincang perkembangan pentadbiran Persekutuan

Agong terima menghadap Anwar, bincang perkembangan pentadbiran Persekutuan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini pada Selasa.

Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah maklum berhubung perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri turut membincangkan beberapa isu semasa yang berkaitan dengan pentadbiran dan perkembangan negara.

Pertemuan Sultan Ibrahim dan Anwar berlangsung hampir sejam, menurut hantaran berkenaan. – Awani

 

 

Scroll to Top