LATEST

Penerbangan khas Bomba terbangkan organ Muhammad Aidil ke Subang

Penerbangan khas Bomba terbangkan organ Muhammad Aidil ke Subang

nfazlina@nstp.com.my

Baca juga: UM Arena capai 2,700 Lux, lepasi standard sasaran antarabangsa

Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan khas MEDEVAC bagi menghantar organ Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, dari Kota Bharu ke Subang.

Penerbangan itu menggunakan helikopter AW139 diketuai Timbalan Penguasa Bomba, Ahmad Fissol Ismail bersama tiga lagi kru udara.

Bahagian Udara JBPM menerusi Facebook memaklumkan, penerbangan membawa organ penderma iaitu hati, buah pinggang, mata dan tulang yang diperoleh daripada penderma berusia 23 tahun di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Ia memaklumkan, penerbangan turut disertai dua orang doktor perubatan dari HPUSM yang membawa organ berkenaan, seterusnya menuju ke Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang menggunakan ambulans.

Jabatan itu berkata, helikopter berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara pada jam 7.25 pagi sebelum mendarat di Lapangan Terbang Kota Bharu pada jam 8.55 pagi.

Katanya, pesawat itu kemudian berlepas semula pada jam 9.03 pagi dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang pada jam 10.42 pagi.

“Penerbangan dilaksanakan dengan jaya dan selamat walaupun keadaan cuaca mendung dan awan rendah serta hujan renyai di beberapa kawasan laluan penerbangan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, suasana pilu menyelubungi Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian apabila kakitangan hospital memberi penghormatan terakhir kepada jenazah

Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, menerusi ‘Honor Walk’ awal pagi tadi.

Lampu hijau turut dipasang di bangunan hospital berkenaan sebagai tanda penghormatan dan simbolik proses pembedahan pendermaan organ.

Orang ramai dan kenalan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Allahyarham dimasukkan ke HPUSM

selepas mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan jalan raya, sebelum disahkan meninggal dunia malam tadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news