“Kalah tiket VIP!”- Ramai cemburu tengok lelaki ini bergambar dengan Billie Eilish

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai kehadiran penyanyi tersohor antarabangsa, Billie Eilish di sebuah pusat beli-belah Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, bahkan ramai ‘memanaskan’ suasana dengan berkongsi momen-momen mereka di ruangan luar dan dalam stadium di platform TikTok.

Ia tidak terkecualilah dengan perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali Kyll Lee yang berjaya menarik perhatian ramai warganet yang memaparkan penyanyi antarabangsa, Billie Eilish.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna tersebut, Billie dilihat bersama abangnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Finneas sedang bermain Go Kart di Blastacars Malaysia Drift Karts, Sungei Wang Plaza.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah lelaki itu dilihat berkesempatan untuk berjumpa dan bergambar dengan Billie atau nama sebenarnya Billie Eilish Pirate Baird O’Connell.

@kyll_lee13

billieeilishmalaysiaconcert #billieeilishconcert #billieeilishconcert2022 #billieeilish #billieeilishtour2022 #happierthaneverworldtour #fyp

♬ Happier Than Ever – Edit – Billie Eilish

Menurut pemuda bertuah itu, dia sebenarnya bekerja di tempat berkenaan dan secara tidak berpeluang untuk menghampiri serta bergambar bersama setelah penyanyi tersebut selesai bermain Go Kart.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata peminat meluahkan rasa cemburu dengan lelaki tersebut sehingga menganggap dia cukup bertuah dapat bertemu dan bergambar bersebelahan dengan Billie.

Mereka juga mengatakan lelaki itu tidak perlu bersusah payah membeli tiket VIP kerana pembeli tersebut belum tentu dapat bergambar sepertinya.

Sumber: TikTok @kyll_lee13