“Takkan nak tunggu mati, baru netizen nak hargai bakat nyanyian saya? – Aliff Syukri

“Takkan nak tunggu mati, baru netizen nak hargai bakat nyanyian saya? – Aliff Syukri

Usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa hiba dan kecewa apabila dia mendapat hinaan serta makian orang ramai sehingga digelar sebagai orang gila dan perlu mendapatkan rawatan kesihatan mental.

Menurut laporan Media Hiburan, usahawan yang berusia 35 tahun itu menegaskan mentalnya masih waras dan tidak perlu untuk mendapatkan rawatan mental seperti mana yang didakwa oleh netizen.

Ujar Aliff, dia tidak memahami mengapa segelintir umum tidak memberi sokongan kepada dirinya dalam bidang nyanyian serta  tidak menghargai bakat terpendam yang dimilikinya itu.

“Apapun, ada kalanya saya terfikir juga mungkin bakat nyanyian ini akan dihargai oleh rakyat Malaysia selepas saya sudah tiada (meninggal dunia) nanti. Tapi, takkanlah nak tunggu saya dah mati, baharu semua orang nak menghargainya? katanya.

Tambah pelantun lagu Baby Sayang itu lagi, asbab dia terus kuat dalam menghasilkan lagu sehingga kini disebabkan oleh minatnya sejak daripada dahulu untuk menjadi seorang penyanyi.

Malah, dia tidak peduli atas kecaman dan kritikan yang dilontarkan oleh netizen kerana dia percaya bahawa setiap hasil seninya itu sentiasa mendapat sokongan peminat dan sering ‘trending’ nombor satu di platform YouTube.

“Walaupun pelbagai kecaman yang saya terima, tetapi sehingga kini kira-kira 10 buah lagu yang sudah saya hasilkan, semuanya ‘trending’ nombor satu di YouTube dan tak pernah berada di kedudukan kedua atau ketiga.

Terdahulu, usahawan kelahiran pahang itu menjadi bualan netizen gara-gara muzik video terbaharunya yang berjudul Baby Sayang bersama penyanyi sensasi, Baby Shima dikatakan tidak senonoh dan tidak patut dilancarkan.

Bagaimanapun, Aliff tetap dengan pendiriannya untuk melancarkan lagu dangdutnya itu semalam meskipun mendapat tentangan hebat daripada ramai pihak.

Sumber: Media hiburan, Instagram @aliffsyukriterlajaklaris