Trending
Long Tiger dihukum penjara 12 tahun & sebatan selepas didapati bersalah rogol isteri orang. Ugut baling selipar jika dirakam!
Lelaki kontroversi dikenali sebagai Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamidndijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang wanita berstatus isteri orang pada tahun 2019.
Menurut laporan Harian Metro, Long Tiger sempat mengeluarkan ugutan kepada petugas media ketika dibawa keluar dari mahkamah.
Kalau ambil gambar aku baling selipar!
Hakim: Pembelaan Long Tiger tidak meyakinkan
Hakim Irwan Suainbon berkata, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh sekadar penafian semata-mata dan tidak cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa oleh pihak pendakwaan.
Keterangan isteri tertuduh sebagai saksi pembelaan juga lebih kepada rekaan dan tidak boleh dipercayai.
Kes ini melibatkan tujuh orang saksi pendakwaan, dan setelah meneliti semua hujahan, mahkamah memutuskan bahawa kes pendakwaan terbukti melampaui keraguan munasabah.
Kejadian berlaku empat tahun lepas
Menurut pertuduhan, Long Tiger didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak, antara jam 1 tengah hari hingga 2.05 petang, pada 26 September 2019.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pssttt! Setiap tindakan ada akibatnya. Hormati undang-undang dan maruah orang lain. Keadilan mungkin lambat, tapi akhirnya pasti tiba. Jangan jadikan kekerasan sebagai jalan keluar.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.