Oh! Islam
Dr Zulkifli tegur isu lafaz talak bersyarat ketika bergurau dan nasihat pasangan rujuk Mahkamah Syariah.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi respon isu seorang suami yang didakwa melafazkan talak secara bersyarat ketika menonton perlawanan akhir Piala Dunia.
Dalam penjelasannya, Dr Zulkifli berkata, majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali berpandangan bahawa talak yang digantungkan dengan sesuatu syarat akan jatuh apabila syarat tersebut benar-benar berlaku.
Talak bersyarat boleh jatuh jika syarat berlaku

Beliau turut memetik pandangan Imam Abu Syuja’ yang menyebut bahawa jika seseorang menggantungkan talak dengan suatu syarat, maka talak itu berlaku apabila syarat tersebut wujud.
Selain itu, Dr Zulkifli turut menyatakan pandangan Imam al-Nawawi yang menegaskan perkara sama.

Berdasarkan pandangan jumhur, Dr Zulkifli menjelaskan bahawa apa yang dilafazkan suami itu boleh difahami sebagai:
Kalau Argentina kalah, isteriku tertalak tiga.
Memandangkan syarat itu benar-benar berlaku, iaitu Argentina kalah, maka menurut pandangan majoriti ulama, talak tersebut jatuh.
Jaga lisan, jangan jadikan talak sebagai gurauan
Dr Zulkifli turut menasihatkan umat Islam supaya sentiasa menjaga lisan kerana ada kalanya satu lafaz hanya mengambil beberapa saat untuk diucapkan, namun kesannya boleh mengubah seluruh kehidupan.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah SAW berhubung tiga perkara yang seriusnya dianggap serius dan gurauannya juga dianggap serius iaitu nikah, talak dan rujuk.
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibn Majah.
Sehubungan itu, Dr Zulkifli menasihatkan pasangan yang berdepan situasi seperti ini supaya segera merujuk ke Mahkamah Syariah atau pejabat agama berkaitan.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




