Pelakon, Mimi Lana menyuarakan hasratnya untuk ke Palestin sekiranya benar genjatan senjata akan berlaku dalam masa terdekat ini.
Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Mimi atau nama lengkapnya. Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, meminta pertolongan sekiranya ada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan ke Gaza.
“Kalau betul ada genjatan senjata kali ini betul-betul menjadi, saya nak sangat jejak kaki ke bumi Palestin. Siapa-siapa yang nak buat misi bantuan ke sana ataupun ada NGO yang akan pergi, tolong beritahu saya,” katanya.
Dalam masa sama, Mimi turut berharap agar segala urusan untuk memberi bantuan akan dipermudah olehNya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga terhadap isteri kepada aktor, Syafiq Kyle itu atas sokongan dan solidaritinya terhadap Palestin yang teruk direjim Isr**l selama dua tahun ini.





